MOU 2006 antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia bertajuk “Placement and Protection of Domestic Workers”sebagai dokumen rujukan asas.
Lebih dari 200,000 pembantu rumah Indonesia di Malaysia.
Pihak media Indonesia dengan sistematik dan berterusan, mengutarakan kes-kes layanan buruk pembantu rumah Indonesia di Malaysia. Tidak mustahil juga ada pihak yang berkepentingan yang mengambil kesempatan dari apa yang berlaku.
Apa pun hakikatnya, timbul ketegangan antara masyarakat kedua negara sehingga menjejas hubungan baik kedua negara jiran serumpun yang juga turut menjejas keselesaan dan keselamatan warga Malaysia di Indonesia.
Isu-isu: Tahap gaji minima, hak amah untuk memegang pasport sendiri, dan hak bercuti sehari dalam seminggu. Isu cuti dan isu memegang passport telah dimuktamadkan? Hanya tinggal soal gaji dan struktur kos tanggungan majikan??
Aduan majikan: Yuran yang dikenakan oleh agen terelalu tinggi, mutu kerja tidak seperti di harapkan, amah melarikan diri sebaik sahaja tamat tempoh masa “jaminan” yang hanya beberapa bulan sahaja, kes pecah amanah, amah mendera anak-anak di bawah jagaan mereka.
Pada 26 Jun 2009, atas tekanan dari dalam negara, Kedutaan Indonesia bertindak membeku pengaliran pembantu rumah ke Malaysia untuk sementara waktu.
Pembekuan amah Indonesia membawa banyak kesan negatif kepada kedua-dua belah pihak – pembantu rumah yang berkeperluan untuk mancari nafkah hidup dan juga warga Malaysia yang memerlukan perkhidmatan mereka, demi kepentingan pertumbuhan produktiviti negara masa kini dan masa hadapan.
Tiada punca lain yang mampu membekal amah pada tahap keperluan di Malaysia, dengan gaji sederhana, dan paling penting bagi kebanyakan majikan beragama Islam – amah yang sama bahasa /agama.
Diperlukan segera: Satu formula penyelesaian menyeluruh dari segala aspek – kesejahteraan pembantu rumah dari segi agama, kemanusiaan dan ekonomi; kepentingan majikan; dan juga dari segi persepsi masyarakat di kedua negara.
Initiatif kerajaan Malaysia: Sedia ada garis panduan (walaupun belum diaktakan) bagi memelihara kepentingan pembantu rumah – yang beragama Islam dibenarkan bekerja dengan majikan beragama Islam sahaja, majikan bukan Islam wajib menandatangani surat perakuan jika mahu mengambil amah beragama Islam, tidak dibenarkan amah ditugaskan dengan kerja-kerja yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti menguruskan kerja-kerja berkaitan anjing dan babi. Soalnya, sejauh mana ketetapan-ketetapan ini dikuatkuasakan dan dipatuhi ??
Perjumpaan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (18 Mei 2010 di Perdana Putra): Telah memberi laluan untuk penyelesaian semua masaalah menerusi “Letter of Intent” yang ditandatangani bersama. Suruhanjaya Bersama (JC) ditubuhkan sebagai satu mekanisme untuk memantau dan mengambil tindakan ke atas isu-isu berbangkit.
